Tiap kali disebut tentang anak dan ibu bapa..
Seringkali anak yang dipersalahkan..
Dalam Al-Quran banyak menyebut tentang larangan anak2 dari derhaka kepada ibu bapa..
Tetapi mengapa hanya itu yang ditekankan dalam soal perhubungan ibu dan bapa?
Al- Quran juga turut menyebut tentang layanan dan cara mendidik anak mengikut islam..
Soal dosa dan pahala.. Seringkali disebut mengenai dosa anak derhaka..
Tapi adakah ibu bapa tidak berdosa dalam mendidik anak-anaknya?
Tiap kali melihat kelakuan anak-anak yang melampau batas, anak itu di marah membuta tuli.
Anak itu di sumpah mengikut amarah mu..
tapi tahukah ibu bapa sekalian..
Kata-kata amarahmu itu bernanah dalam hati anakmu..
Ianya boleh menjadi dendam..
Tidak berdosakah ibu bapa yang menyumpah anak2 dengan kata-kata kesat seperti bodoh, bangang, tolol, celaka punya anak, sial, babi dan sebagainya?
Jangan dikata anakmu derhaka.. Lihat dulu dirimu..
Siapa yang memulakan 'penderhakaan' itu kalau bukan kamu?
Jadi mengapa harus dimarah anakmu yang masih belum mengenal erti hidup itu dengan kata-kata kesat?
Siapa dulu yang kurang ajar? kamu atau anakmu..
Dia belajar dari kamu, manusia pertama yang hidup dengannya..
Mencontohi kamu dalam menjadi manusia..
Cara bercakap, berjalan, rutin amalan seharian..
Apa yang kamu buat, yang kamu katakan, itulah ikutannya..
Kamu yang mencoraknya.. Kamulah idola pertamanya.
Anakmu itu tak mengerti perlakuannya..
tidak tahu itu satu kesalahan..
Tegurlah dengan elok..
Atau mungkin dia tahu itu kesalahan..
Tapi mungkin kau sendiri seringkali melakukannya..
Mungkin sejak kecil kau cuba mengajar anakmu itu menjadi manusia berguna..
Mungkin kau seringkali mengajarnya perkara-perkara kecil
seperti ; "Tutuplah tv tu kalau tak nak tengok", tutuplah kipas,lampu dan sebagainya..
Basuh tangan sebelum makan,kemas tilam selepas bangun pagi, jaga kebersihan, dan macam-macam lagi.. Bila dia tidak melakukannya kau marah, dengan seteruk-teruknya, dengan segala sumpahan yang keluar dari mulutmu..
Namun anda sendiri pernah melakukan nya bukan?
Lebih teruk lagi jika anda adalah ibu bapa yang bercakap tak serupa bikin, seperti ketam mengajar anaknya berjalan..
Itu boleh menjadi punca kebencian..
Anda adalah ibu bapa yang menggunakan kuasa "veto" sewenang-wenangya..
Memarahi anakmu seolah-olah kamu itu tak pernah buat silap, sempurna, dan sentiasa betul.
Tapi anakmu itu kamu sangka tidak berhak menegurmu..
Lalu dia memberontak oleh kerna benci pada ibu bapa yang cakap tak serupa bikin, memarahi dengn kata-kata kesat serta tanpa usul periksa.
lalu berlakulah kisah2 penderhakaan.
Jangan salahkan anakmu andainya dia derhaka.
Sebaliknya salahkn dirimu yang terlebih dahulu derhaka pada anakmu..
Mungkin itu adalah balasan tuhan.
Usia remaja sememangnya satu cabaran menuju kedewasaan.
Jadikanlah anakmu itu sahabat.
Jadi, sebelum kamu menangis, menyumpah yang bukan-bukan, berdoa seperti si ibu tanggang kepada anak remajamu itu, renunglah dirimu sendiri..
Maaf andainya tulisan ini mengguris hati pembaca..
Tapi wahai pembaca, jadikanlah renungan..
Tegurlah anakmu dengan lembut, seperti sahabat, kerana anak remajamu itu tahu malu apabila diherdik..
Sekiranya anda tegur dengan lembut,nescaya kata-katamu akan si remaja itu pegang sebagai
azumat, mungkin tatkala itu dia tidak memahami kata-katamu.
Namun akan dia jadikan panduan sepanjang hidup..
Sebaliknya kalau anda tegur dengan kata-kata kesat,herdikan,dan makian yang tanpa usul periksa.. Pasti kau akan menerima kembali apa yang pernah kau lontarkan..
Kerana anda yang terlebih dahulu derhaka padanya..
Friday, May 15, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)